Politik Donald Lim Siang Chai

Dalam Pilihan raya umum 1999, Donald Lim menang di Petaling Jaya Selatan . Beliau meenewaskan Dr. Syed Husin Ali (PRM) dan S. Selvanathan (Bebas).

Sekali lagi beliau menang di PJ Selatan dengan mengalahkan Sivarasa Rasiah - (Keadilan) pada 2004. Donald Lim (BN/MCA) menang ,mendapat 35,054 undi dengan majoriti 21,371 . Sementara Sivarasa kalah teruk, hanya mendapat 13,638 undi.

Dalam Pilihan raya umum 2008, beliau ditewaskan oleh Hee Loy Sian- (PKR) di parlimen Petaling Jaya Selatan dengan majoriti 5706 undi. Hee Loy Sian memperolehi 28,598 undi berbanding Donald Lim memperolehi hanya 22,892 undi. Apabila beliau tewas pada 2008, beliau dilantik sebagai Senator dan terus menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan (2 Jun 2010 - 1 Jun 2013).[1]